Pages - Menu

Wednesday, May 02, 2012

TENTANG BLOG

Pada awalnya blog Mari Mengait ini dibina atas memenuhi untuk menyertai Pertandingan Blog "Educational Blogging" anjuran UPSI kali - 4. Blog ini akan memaparkan asas-asas dalam memulakan seni mengait. Paparan yang diberikan adalah amat mudah kerana penerangan cara mengait ini disertakan gambar dan juga video. Blog ini turut memaparkan beberapa projek yang sempat dihasilkan sepanjang penilaian blog ini oleh pihak penganjur. 


Bila mula mengimbau kembali kemahiran hobi lama yang ditinggalkan iaitu zaman remaja dahulu, semakin menjadikan hobi ini kembali menebal dalam diri seperti dulu. Mungkin tidak seaktif semasa dulu, bila cuti semester inilah aktiviti yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang.


Mungkin ada masa yang bersesuaian blog ini akan memaparkan info terkini tentang projek terkini penulis dalam seni mengait ini. Dengan kesibukan bekerja dan juga sebagai ibu kepada empat hero semestinya kurang ruang untuk meneruskan hobi dengan aktif seperti dulu. Dalam erti kata mengait ini hanyalah satu hobi buat penulis.


Keluargaku yang tercinta

Memang diakui seni mengait ini menyeronokkan, apatah lagi usaha yang bersungguh-sungguh tak kira siang dan malam akhirnya menjadi satu kraftangan yang cantik untuk dipamerkan kepada tetamu yang datang ke rumah.

Blog ini akan memaparkan gambar dan mungkin jua video yang bersesuaian kepada pembaca yang berminat untuk belajar mengait. Malah saya sendiri juga masih belajar dalam menambah ilmu tentang seni kaitan ini. Jadi marilah bersama-sama kita belajar mengait.



Selamat belajar mengait....norhaizan78@gmail.com

3 comments:

  1. tahniah akak!sebab berjaya menghasilkan blog yg sgt berinformasi ni...sy baru je terjumpa blog ni...memang menarik bila dapat berkongsi minat yang sama dgn org lain kan?...oklah,semoga akak akan terus sukses di masa akan datang...:)

    ReplyDelete
  2. tq lia kerana sudi singgah dan komen blog akak ni...alhamdulillah blog ini telah dinobatkan sebagai juara dalam kategori terbuka...

    ReplyDelete