Hampir seminggu meninggalkan projek pertama, jadi usaha perlu dilipat gandakan pada hari ini untuk menyiapkannya. Sebenarnya projek ini terlalu mudah untuk sesiapa yang baru sahaja belajar mengait kerana menggunakan asas mengait yang mudah.
Projek kali ini saya menggunakan dua warna benang yang berlainan dan menggunakan teknik menukar warna benang. Proses peringkat kedua ialah meneruskan saki baki kaitan daripada projek pertama (bahagian pertama) yang belum siap dan membuat tali untuk sarung ini.
Lihat gambar di bawah beserta penerangannya. Antara istilah yang digunakan ialah :
ch = chain
sc = single crochet
dc = double crochet
tc = triple crochet
tc = triple crochet
1. Penggunaan dua warna benang yang berbeza.
2. Teruskan proses sehingga mendapat 20 pusingan.
3. Pusingan yang ke-21 hasilkan ch 4 dan masukkan ke stitch yang ke-5 (jika dulu saya panggil stitch tu mata). Proses diulang sehingga habis satu pusingan ini.
4. Buatkan slip knot mana-mana lubang pada chain yang telah dihasilkan di langkah 3.
5. Buat ch 8.
6. Buat tc 5 untuk satu lubang yang dihasilkan di langkah 3.
7. Kerawang yang dihasilkan daripada triple crochet di langkah 6. Teruskan sehingga habis.
8. Seterusnya proses untuk membuat tali bekas air ini. Tali yang dihasilakan daripada single crochet sahaja. Anggarkan panjang tali ini ialah 100 -110 cm.
9. Tali ini menggunakan 2 kombinasi warna dan sebanyak 3 baris yang telah dihasilkan. Baris pertama menggunakan warna purple, kedua warna merah jambu dan barisan ke-3 warna purple balik.
10. Inilah tali yang telah siap dihasilkan.
11. Masukkan tali yang telah dihasilkan ke dalam lubang-lubang sarung bekas air ini secara berselang seli.
12. Setelah siap, pastikan kedua-dua hujung tali tersebut disambung.
13. Penyambungan tali ini saya gunakan kaedah single crochet sahaja.
13. Inilah hasil yang belum di touch up lagi.
13. Proses touch up dengan membuat single crochet di sekeliling triple crochet yang dihasilkan pada langkah 6 tadi.
14. Inilah hasilnya, dan untuk mengemaskan sarung bekas air ini kita perlu menghasilkan satu tali yang kecil sepanjang 20-30cm sebagai pencerut. Pencerut ini menggunakan chain sahaja dan menggunakan ketebalan benang sebanyak 2 baris. Klik pada cara-cara membuat tali sarung botol air, pencerut dan pom-pom pula untuk hiasan pada pencerutnya.

nak tanya..tali nya tu buat mcm mne..x faham..buat tali air dulu ker mcm mne
ReplyDeleteSelamat petang sya nk diagram botol air yg segi empat tu ada tak tq.
ReplyDelete
ReplyDeleteشركة مكافحة النمل الابيض بالدمام
شركة كشف تسربات المياه بالظهران