Thursday, July 12, 2012

TEKNIK MENUKAR WARNA BENANG SEMASA MENGAIT

Entri kali ini saya akan  menunjukkan bagaimana cara menukar warna benang semasa mengait sesuatu projek yang menggunakan pelbagai warna. Jika kita lihat contoh corak dalam internet banyak projek yang menggunakan kombinasi warna benang yang pelbagai warna. Jadi, bersesuaian dengan entri kali ini jika kita ingin menggunakan benang yang bermacam-macam warna dalam sesuatu projek.

Rujuk gambar beserta penerangannya di bawah ini :

1. Masukkan jarum kait ke dalam lubang kaitan yang terakhir

2. Buat slip knot untuk permulaan projek bagi  benang yang lain warnanya

3. Cangkuk benang putih

4. Masukkan benang putih ke dalam lubang benang hijau
5. Kemaskan benang dengan menarik benang hijau ke bawah seperti gambar di atas

6. Buat ch 3

7. Teruskan menyiapkan projek kaitan anda, akhirnya anda akan dapat menghasilkan kaitan untuk dua warna seperti di atas.


Klik video tutorial di bawah untuk lebih memahami cara-cara menukar benang yang berwarna lain.

 

1 comments:

  1. tq di atas tunjuk ajar yg di perolehi..ok memuaskan...soalan saya boleh kah kita tubuhkan satu kelab mengait untuk yg berminat serta di adakan kursus2 tertentu yg masih nak belajar.maaf saya masih dlm belajar...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...