Seperti yang telah dijanjikan pada artikel sebelum ini saya akan keluarkan artikel bagaimana membuat pom pom yang sesuai diletakkan pada sesuatu projek kaitan. Pom pom sebenarnya banyak jenis dan teknik. Entri kali ini akan memaparkan tutorial bergambar bagaimana teknik yang biasa saya guna untuk membuat pom pom.
Lihat gambar di bawah beserta penerangannya.
|
Barang-barang yang diperlukan untuk membuat pom pom, jika pom pom besar pensel perlu ditambah |
|
Ikat benang pada 4 batang pensel tadi |
|
Belit benang pada pensel tadi |
|
Belitan benang adalah bergantung kepada saiz pom pom yang ingin dibuat, jika belitan banyak pom pom juga padat dan cantik, jika terlalu sedikit benang yang dibelit, pom pom akan jarang-jarang dan tidak berapa cantik kerana tidak padat |
|
Masukkan benang ke dalam celah pensel untuk diikat |
|
keluarkan benang daripada pensel tadi beserta benang yang bertujuan diikat tadi |
|
Ikat dengan ketat-ketat benang tersebut hingga mendapat hasil seperti di atas |
|
Gunting benang yang berbentuk lengkung ini dan menjadi seperti di bawah |
|
Kemaskan pom pom ini dengan menggunting benang menjadi bulat seperti di bawah |
|
Ikat pom pom tadi kepada benang yang berlebihan pada pencerut sarung botol air |
|
Potong benang yang berlebihan |
|
Inilah hasilnya...comel kan? |
Selamat mencuba....
Sangat cantik..penerangan yg amat kelas sekali...tq kak..
ReplyDeletesama2 zaza...tqvm sebb sudi bc entri akak ni...x menyempt nk buat projek...tugas hakiki bnyk pl...padahal planning punya bnyk..benang pun dh bnyk borong..:-(
ReplyDeletewaaahhhh bestnye blog niiiii !!!
ReplyDeletemarina tq sudi singgah ke sini...blig ni masih dlm pembangunan...bahan pun kurang ni...
ReplyDeleteTerima kasih atas tips yang diberikan. ^_^ Cayuk3!
ReplyDeletesaya masih lagi tak faham cara nak membuat pom pom ni la...
ReplyDeleteJora..ini style buat pom pom tradisional ni..cuba cari dalam facebook amani craft ada jual alat buat pom pom...yg ni guna pen atau pensel yg benang ya dililit sekelilingnya...ketebalan benang beri kesan saiz pom pom..selamat mencuba..
ReplyDeleteassalamualaikum..sy dh cuba buat kait bekas air ni..alhamdulillah semuanya menjadi..sampai la ke pom pom..cntik sgt...1st time cuba buat tak sgka menjadi..thanks sbb sudi berkongsi ilmu..
ReplyDelete