Sunday, July 22, 2012

TEKNIK MEMBUAT POM POM

Seperti yang telah dijanjikan pada artikel sebelum ini saya akan keluarkan artikel bagaimana membuat pom pom yang sesuai diletakkan pada sesuatu projek kaitan. Pom pom sebenarnya banyak jenis dan teknik. Entri kali ini akan memaparkan tutorial bergambar bagaimana teknik yang biasa saya guna untuk membuat pom pom.

Lihat gambar di bawah beserta penerangannya.

Barang-barang yang diperlukan untuk membuat pom pom, jika pom pom besar pensel perlu ditambah
Ikat benang pada 4 batang pensel tadi
Belit benang pada pensel tadi
Belitan benang adalah bergantung kepada saiz pom pom yang ingin dibuat, jika belitan banyak pom pom juga padat dan cantik, jika terlalu sedikit benang yang dibelit, pom pom akan jarang-jarang dan tidak berapa cantik kerana tidak padat
Masukkan benang ke dalam celah pensel untuk diikat
keluarkan benang daripada pensel tadi beserta benang yang bertujuan diikat tadi

Ikat dengan ketat-ketat benang tersebut hingga mendapat hasil seperti di atas
Gunting benang yang berbentuk lengkung ini dan menjadi seperti di bawah
Kemaskan pom pom ini dengan menggunting benang menjadi bulat seperti di bawah
Ikat pom pom tadi kepada benang yang berlebihan pada pencerut sarung botol air
Potong benang yang berlebihan
Inilah hasilnya...comel kan?
 Selamat mencuba....

8 comments:

  1. Sangat cantik..penerangan yg amat kelas sekali...tq kak..

    ReplyDelete
  2. sama2 zaza...tqvm sebb sudi bc entri akak ni...x menyempt nk buat projek...tugas hakiki bnyk pl...padahal planning punya bnyk..benang pun dh bnyk borong..:-(

    ReplyDelete
  3. waaahhhh bestnye blog niiiii !!!

    ReplyDelete
  4. marina tq sudi singgah ke sini...blig ni masih dlm pembangunan...bahan pun kurang ni...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas tips yang diberikan. ^_^ Cayuk3!

    ReplyDelete
  6. saya masih lagi tak faham cara nak membuat pom pom ni la...

    ReplyDelete
  7. Jora..ini style buat pom pom tradisional ni..cuba cari dalam facebook amani craft ada jual alat buat pom pom...yg ni guna pen atau pensel yg benang ya dililit sekelilingnya...ketebalan benang beri kesan saiz pom pom..selamat mencuba..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..sy dh cuba buat kait bekas air ni..alhamdulillah semuanya menjadi..sampai la ke pom pom..cntik sgt...1st time cuba buat tak sgka menjadi..thanks sbb sudi berkongsi ilmu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...