Bunga Berkelopak yang comel dan mudah dikait

Cara buatannya yang mudah dan ringkas sesuai untuk kepada sesiap yang baharu belajar mengait dan sebagai permulaan sesuatu projek.

Saturday, July 14, 2012

PROJEK 1 (BAHAGIAN KEDUA) : SARUNG BEKAS AIR TUPPERWATER ECOWATER 1 LITER

Hampir seminggu meninggalkan projek pertama, jadi usaha perlu dilipat gandakan pada hari ini untuk menyiapkannya. Sebenarnya projek ini terlalu mudah untuk sesiapa yang baru sahaja belajar mengait kerana menggunakan asas mengait yang mudah. Projek kali ini saya menggunakan dua warna benang yang berlainan dan menggunakan  teknik menukar warna benang. Proses peringkat kedua ialah meneruskan saki baki kaitan daripada projek pertama (bahagian...

Thursday, July 12, 2012

TEKNIK MENUKAR WARNA BENANG SEMASA MENGAIT

Entri kali ini saya akan  menunjukkan bagaimana cara menukar warna benang semasa mengait sesuatu projek yang menggunakan pelbagai warna. Jika kita lihat contoh corak dalam internet banyak projek yang menggunakan kombinasi warna benang yang pelbagai warna. Jadi, bersesuaian dengan entri kali ini jika kita ingin menggunakan benang yang bermacam-macam warna dalam sesuatu projek. Rujuk gambar beserta penerangannya di bawah ini :  1. Masukkan...

Tuesday, July 10, 2012

PROJEK 3: MEMBUAT BEKAS TELUR SEBAGAI CENDERAHATI UNTUK TETAMU

Projek yang seterusnya pada kali ini ialah membuat bekas telur yang sesuai diberikan kepada tetamu semasa hari perkahwinan. Bekas telur yang dihasilkan ini adalah daripada cetusan idea beberapa blog yang sempat saya jelajahi dan cuba membuatnya berdasarkan gambar bekas telur tersebut di blog ainhouse. Corak pada bekas telur ini menggunakan corak buah Nenas yang biasa saya guna untuk mengait alas meja.  Penerangan cara-cara membuatnya adalah...

CORAK SIMPANAN MENJADI RUJUKAN PROJEK BARU

Antara corak-corak yang pernah dihasilkan dan yang masih ada dalam simpanan semasa aktif dengan hobi ini pada masa dulu. Kebanyakannya masih banyak ditinggalkan di kampung. Mungkin corak ini masih boleh digunakan sebagai corak contoh atau rujukan untuk projek akan datang. Kaitan yang menggunakan teknik cantuman Kaitan khas untuk Chairback...pelbagai warna yang ada, tetapi ini sahaja yang ada dalam simpanan penulis Corak kerang untuk hasilkan...

Monday, July 09, 2012

PROJEK 2 : MENGAIT BUNGA BERKELOPAK (PETAL PUFF)

Entri kali ini memaparkan cara-cara membuat bunga berkelopak. Kredit kepada Tara di laman Easy make me Happy. Bunga yang dihasilkan sesuai dijadikan sebagai kerongsang dan juga dilekatkan pada baju, beg dan lain-lain lagi. Sebenarnya projek pertama sedang berjalan dan artikelnya  masih dalam proses untuk dikemaskini. Sebelum menyiapkan projek tersebut, saya cuba untuk mempelajari satu kaitan yang mudah dan comel iaitu mengait bunga berkelopak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...