Saturday, June 30, 2012

KAITAN ASAS UNTUK MULA MENGAIT : 4. TRIPLE CROCHET

Kaitan asas yang seterusnya yang akan dipaparkan pada entri kali ini ialah bagaimana hendak membuat kaitan triple crochet.Triple crochet ini adalah lebih panjang daripada double crochet, jarang antara kaitan di sebelahnya serta akan menghasilkan satu fabrik yang longgar.

Langkah-langkah dalam menghasilkan triple crochet sama seperti membuat double crochet dan hanya bezanya kita perlu mencangkuk benang sebanyak dua kali manakala double crochet hanya sekali sahaja sebelum memasukkan jarum ke dalam lubang mata yang telah dihasilkan samaada chain atau hasil kaitan single croche.


Lihat gambar dan penerangannya di  bawah.

1. Buat chain mengikut kesesuaian projek dan tambah sebanyak 4 mata untuk memulakan tapak membuat triple crochet. Cangkuk benang dan lilit sebayak dua kali sebelum memasukkan jarum tersebut ke dalam lubang mata stiches yang ke - 5. Seterusnya cangkuk benang daripada belakang dan tarik keluar ke hadapan. Lihat gambar di bawah dan ikut arah anak panah.




2. Selepas menarik benang keluar daripada belakang ke hadapan, samakan ketinggian semua kedudukan batang pinang seperti di bawah. Anda akan dapati terdapat 4 batang pinang yang akan terhasil daripada langkah di dalam gambar di atas.


3. Langkah yang seterusnya ialah cangkukkan benang dan bawa masuk benang tersebut ke dalam 2 batang pinang mengikut arah anak panah seperti di dalam gambar di bawah. Dan hasilnya lihat gambar yang ke-2 di bawah ini.

4. Setelah batang pinang menjadi 2 daripada proses di atas, cangkukkan benang lagi sekali dan tarik benang keluar mengikut arah anak panah seperti di dalam gambar di bawah. Akhirnya akan terhasillah triple crochet seperti gambar pada nombor yang ke-5 di bawah.  

 

5. Teruskan langkah 1 hingga hingga 4 sehingga selesai satu baris mengikut panjang chain yang telah anda buat semasa langkah 1.
 


6. Untuk naik ke barisan yang baru, buat chain sebanyak 4 mata dan teruskan langkah 1 hingga 5. Sila lihat langkah memasukkan benang ke dalam lubang mata yang ke-2 dan langkau lubang mata yang pertama yang terhasil semasa proses membuat chain (4 mata).


Lihat video di bawah untuk memudahkan anda membuat triple crochet ini.



2 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Puan mum mana nah dapatkan jarum tulip yg pun gunakan...susah nah cari dsekitar Kota kinabalu...

    ReplyDelete
  2. * Puan mcm mana nak dapatkan jarum tulip yang Puan gunakan....susah nak cari d sekitar Kota kinabalu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...