Jika pertama kali hendak belajar mengait kelengkapan yang pertama ialah pemilihan benang kait dan jarum kait. Alatan ini boleh didapati di kedai menjual alatan menjahit atau di kedai yang kebiasaannya turut menjual peralatan menjahit yang lain, peralatan untuk perkahwinan dan juga bunga-bungan plastik.
Entri kali ini, saya ingin membincangkan pemilihan benang kait. Benang kait yang dijual adalah mempunyai pelbagai pilihan warna dan juga jenama yang berbeza serta yang bersesuaian dengan produk yang hendak dihasilkan. Ada yang saiz benangnya kecil, ada yang sederhana saiznya dan ada juga yang besar saiznya. Setiap warna benang kait diwakili dengan nombor walaupun jenama yang berbeza. Jika pembaca ingin membeli benang hanya perlu mengingati nombornya sahaja dan tidak perlu membawa contoh benangnya.
Pada masa kini, kita boleh membeli benang kait secara online seperti benangkait.com, ice yarns dan banyak lagi.
Antara jenama benang kait yang biasa saya guna masa dulu-dulu ialah Nona, Minlon, Sakura dan Kucing yang masih ada dijual lagi di mana-mana kedai alat menjahit. Malah pelbagai jenama benang turut dijual dari serata pelusuk negara seperti Turki, Itali, Eropah dan lain-lain lagi.
Antara benang yang biasa saya gunakan...benang dari jenama Malaysia ni |
warna benang diwakili dengan nombor |
Contoh benang kait berwarna merah hati seperti di atas adalah bernombor 68, kuning cair bernombor 65 dan coklat pula bernombor 71. Jika ingin membeli benang yang sama, tidak perlu membawa contoh benangnya anda hanya perlu mencari benang yang sama warnanya dengan hanya menggunakan nombornya sahaja. Walaupun berlainan jenama, warna kodnya tetap sama.
Selamat membeli benang kait.....
0 comments:
Post a Comment