Sunday, July 01, 2012

CARA MENGAIT BULATAN TENGAH (CENTER RING) UNTUK PERMULAAN SESUATU PROJEK

Bagi sesuatu projek yang reka bentuknya yang berpusing atau secara bulatan atau bujur atau separa bulatan, memerlukan kita membuat lingkaran tengah sebagai permulaan projek. Jika kita telah dapat mengait chain, single crochet, double crochet dan triple crochet dengan baik, untuk membuat lingkaran tengah ini adalah terlalu mudah.

Terdapat dua kaedah dalam membentuk lingkaran tengah ini, iaitu yang pertama kita perlu membina lingkaran tengah daripada binaan tali air (chain), dan yang kedua membuat lingkaran tengah dengan hanya menggunakan lubang tali air (chain) yang pertama sahaja.

Penerangan bagaimana membuat lingkaran tengah akan diterangkan langkah demi langkah secara bergambar supaya mudah difahami. 

Kaedah Pertama : Membuat lingkaran tengah@ bulatan menggunakan lubang yang dibina daripada tali air( chain)

Dalam kaedah ini lingkaran tengah atau center ring adalah terhasil daripada binaan beberapa mata daripada kaitan tali air(chain) dan akan dihubungkan untuk membentuk satu bulatan. Seterusnya daripada bulatan tersebut akan dijadikan sebagai tapak asas untuk bekerja dalam membuat sesuatu projek yang berpusing-pusing atau reka bentuk bulat.  Lihat gambar di bawah bersama penerangannya.

1.  Buat tali air (chain) sebanyak 6 mata.


2. Masukkan jarum kait (hook) ke dalam lubang mata pada tali air(chain) yang pertama dan cangkukkan benang (yarn over) daripada belakang dibawa ke hadapan untuk menghubungkan chain (tali air) untuk menjadi cincin (bulatan) (rujuk pada gambar 1 dan gambar 2a, 2b).



3.  Seterusnya buat chain sebanyak 1 mata (jika projek bermula dengan single crochet), dan buat 3 mata untuk double crochet. Penerangan pada gambar adalah menggunakan single crochet.

4. Masukkan jarum kait ke dalam lubang yang terhasil tadi (ikut anak panah pada gambar di bawah) dan cangkuk benang daripada belakang ke hadapan. Setelah mendapat hasil seperti gambar 4b di bawah, cangkuk benang (yarn over) dari belakang ke hadapan untuk mendapatkan satu single crochet.



5. Teruskan mengait single crochet mengikut bilangan yang sesuai dengan reka bentuk projek yang ingin dihasilkan.



Kebiasaannya bulatan yang dibuat bergantung kepada rekabentuk projek, iaitu bilangan tali air (chain) mesti sesuai. Jika terlebih akan  menyebabkan lubang di tengah akan longgar, dan jika terlalu kecil mungkin terlalu kecil.



Kaedah Kedua : Menggunakan lubang tali air (chain) untuk dijadikan sebagai bulatan


Kaedah yang kedua ialah menggunakan lubang pada tali air yang pertama sebagai bulatan untuk memulakan sesuatu projek. Lihat pada gambar dan penerangannya di bawah.


1. Buat 1 tali air (chain). 
2. Buat lagi 3 tali air (chain).
3.Cangkuk benang pada jarum kait (yarn over) dan masukkan jarum kait ke lubang tali air (chain) yang ke-4. Rujuk gambar di bawah.



4. Seterusnya buat satu double crochet pada lubang tersebut (rujuk gambar 4a) dan ulang membuat double crochet sehingga mendapat bilangan double crochet yang dikehendaki dan mengikut kesesuaian sesuatu projek yang ingin dibuat.









1 comments:

  1. Slm perkenalan..
    Terima kasih share ilmu asas ngait..

    Ada ms nanti nk cuba la..😄
    Jom singgah byummufayyadh.blogspot

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...