Bunga Berkelopak yang comel dan mudah dikait

Cara buatannya yang mudah dan ringkas sesuai untuk kepada sesiap yang baharu belajar mengait dan sebagai permulaan sesuatu projek.

Cara Memegang Jarum Kait dan Benang

Benang akan disimpulkan atau diputar di jari telunjuk di sebelah tangan kiri. .

Alas Meja yang dihasilkan melalui proses cantuman

Alas meja yang mudah dikait kerana corak yang mudah dikait dan ianya dihasilkan melalui proses cantuman.

Sarung bantal berbentuk hati yang digarapkan daripada corak kerang

Sesuai diletakkan di atas kerusi atas di dalam kenderaan. Hasil yang amat menarik dan memuaskan hati kepada peminat yang suka mengait.

Mengait Sarung Bekas Air Tupperware 1 liter

Sarung bekas Tupperware bersaiz 1 liter yang bertali. Corak yang mudah untuk kepada sesiapa yang baru belajar mengait.

Alas Meja yang berbentuk berpusing-pusing

Menggunakan teknik cantuman,kelihatan amat menarik dan eksklusif

Projek Mengait yang Bercorak Buah Nenas

Corak yang klasik dan sesuai dijadikan sebagai alas meja

Bekas telur yang dikait khas untuk mengisi telur rebus

Bekas telur kait yang sesuai diberi kepada tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan atau lain-lain majlis

Friday, July 06, 2012

CARA MEMBUAT BULATAN AJAIB (MAGIC RING)

Bulatan ajaib @ magic ring ialah satu bulatan permulaan yang perlu dibuat untuk sesuatu projek yang berpusing-pusing atau bentuk bulat. Sebelum ini memaparkan center ring adalah salah satu kaedah yang pertama perlu dihasilkan untuk memulakan sesuatu projek yang berbentuk bulat atau berpusing-pusing. Entri kali ini saya akan memaparkan cara-cara membuat magic ring iaitu satu kaedah yang digunakan untuk membuat center ring tanpa kelihatan lubang di tengah-tengahnya.

Sebelum itu saya akan membincangkan apakah perbezaan center ring dan magic ring.Gambar di bawah menunjukkan perbezaan antara kaedah center ring dengan kaedah magic ring
Sebelah kanan ialah bulatan menggunakan kaedah magic ring dan yang di sebelah kiri menggunakan kaedah biasa
Gambar sebelah kiri ialah center ring kaedah biasa, manakala di sebelah kanan pula magic ring. Perbezaan kedua-dua bulatan di atas ialah, yang sebelah kiri lubang tengahnya kelihatan dan yang di sebelah kanan, lubangnya tidak kelihatan.Keistimewaan kaedah magic ring ialah kita boleh melaras saiz lubang tengah dengan menarik benang yang pendek (lihat gambar dan penerangan di bawah). Kebiasaannya magic ring ini digunakan di dalam membuat amigurumi (berasal daripada bahasa Jepun yang bermaksud kaitan (crochet boneka haiwan dll).


Apabila saya kaji daripada bahan-bahan di dalam internet, sebenarnya langkah untuk membuat magic ring ini lebih kurang seperti kaedah bagaimana saya membuat slip knot, tetapi bezanya jangan ditarik benangnya terlebih dahulu dan perlu membuat single crochet. Rujuk gambar di bawah beserta penerangannya. Kredit kepada June Gilbank untuk gambar-gambar di bawah.

1. Simpul benang di jari kiri dan keluarkan dari jari seperti di dalam gambar sebelah kanan.


2. Masukkan jarum kait dan cangkuk benang dari belakang ke hadapan (pastikan benang yang ditarik adalah yang panjang atau benang bekerja). 


3. Seterusnya cangkuk lagi dan buat satu tali air(chain).

 4. Masukkan jarum kait dalam lubang dan mula membuat single crochett.


 4. Teruskan membuat single crochet mengikut saiz projek. 6 single crochet yang kelihatan di dalam gambar di atas.


5. Setelah siap membuat single crochet yang diingini, tarik benang pendek @ ekornya sehingga tiada ruang lubang yang kelihatan.Rujuk gambar di atas.

6. Masukkan jarum kait pada tali air yang pertama dan menghasilkan satu bulatan seperti di atas di dalam gambar kiri, dan seterusnya teruskan kerja kaitan di baris yang kedua. 


Kaedah magic ring ini sebenarnya lebih mudah daripada kaedah membuat center ring  serta kaedah magic ring lebih lagi kemas berbanding kaedah center ring dalam menghasilkan projek yang bulat atau berpusing-pusing



 
Selamat mencuba............
 

Wednesday, July 04, 2012

PROJEK 1 (BAHAGIAN PERTAMA) : SARUNG BEKAS AIR TUPPERWARE ECOWATER 1 LITER

Projek pertama setelah hampir 10 tahun meninggalkan seni kaitan ini ialah sarung botol tupperware 1 liter. Rekabentuk sarung botol air tupperware ini direka khas untuk botol air tupperware ecowater yang berkapasiti 1 liter. Projek ini amat mudah bagi mereka yang baru pertama kali untuk membuat sesuatu projek mengait. 


 


Penerangan projek ini akan ditunjukkan secara bergambar dan juga istilah yang digunakan adalah universal iaitu contoh rekabentuk mengait lain yang digunakan di dalam internet ini. Istilah dan singkatan yang akan digunakan antaranya ialah :


tali air @ chain = ch, 
single crochet = sc, 
double crochet = dc 
triple crochet = tr


1. Buat magic ring

2. Buat dc 3, ch 1 (ulang sehingga mendapat 5(dc 3), 5(ch 1))


3. Gambar di atas menunjukkan hasil yang dihasilkan daripada langkah 1 & 2


4. Buat ch 3, dc 3 dalam mata@lubang ch 1 di baris pertama, seterusnya buat ch 1 (rujuk gambar di atas). Dan ulang sehingga habis satu pusingan.


5. Sudah terhasil dua pusingan.

6. Buat ch 3 untuk memulakan membuat pusingan yang ke-tiga.

7. Buat dc3, ch1, dc3, ch3 (ulang sehingga habis pusingan ke-tiga ini)


8. Dan ini hasil yang telah dihasilkan dari langkah 7.


9. Teruskan dengan menghasilkan pusingan yang ke-empat, buat ch3 untuk memulakannya.

10. Seterusnya buat dc3, ch1, dc3, ch4 (ulang langkah ini sehingga ke pusingan 6)


11. Pusingan yang ke- tujuh, saya menukarkan warna benang untuk mendapatkan 2 tone warna. Jika projek ini hanya 1 warna, teruskan langkah 10 sehingga ke pusingan ke-20.

Untuk melihat proses yang seterusnya sila klik ke page ini iaitu sambungan projek 1 .






Sunday, July 01, 2012

CARA MENGAIT BULATAN TENGAH (CENTER RING) UNTUK PERMULAAN SESUATU PROJEK

Bagi sesuatu projek yang reka bentuknya yang berpusing atau secara bulatan atau bujur atau separa bulatan, memerlukan kita membuat lingkaran tengah sebagai permulaan projek. Jika kita telah dapat mengait chain, single crochet, double crochet dan triple crochet dengan baik, untuk membuat lingkaran tengah ini adalah terlalu mudah.

Terdapat dua kaedah dalam membentuk lingkaran tengah ini, iaitu yang pertama kita perlu membina lingkaran tengah daripada binaan tali air (chain), dan yang kedua membuat lingkaran tengah dengan hanya menggunakan lubang tali air (chain) yang pertama sahaja.

Penerangan bagaimana membuat lingkaran tengah akan diterangkan langkah demi langkah secara bergambar supaya mudah difahami. 

Kaedah Pertama : Membuat lingkaran tengah@ bulatan menggunakan lubang yang dibina daripada tali air( chain)

Dalam kaedah ini lingkaran tengah atau center ring adalah terhasil daripada binaan beberapa mata daripada kaitan tali air(chain) dan akan dihubungkan untuk membentuk satu bulatan. Seterusnya daripada bulatan tersebut akan dijadikan sebagai tapak asas untuk bekerja dalam membuat sesuatu projek yang berpusing-pusing atau reka bentuk bulat.  Lihat gambar di bawah bersama penerangannya.

1.  Buat tali air (chain) sebanyak 6 mata.


2. Masukkan jarum kait (hook) ke dalam lubang mata pada tali air(chain) yang pertama dan cangkukkan benang (yarn over) daripada belakang dibawa ke hadapan untuk menghubungkan chain (tali air) untuk menjadi cincin (bulatan) (rujuk pada gambar 1 dan gambar 2a, 2b).



3.  Seterusnya buat chain sebanyak 1 mata (jika projek bermula dengan single crochet), dan buat 3 mata untuk double crochet. Penerangan pada gambar adalah menggunakan single crochet.

4. Masukkan jarum kait ke dalam lubang yang terhasil tadi (ikut anak panah pada gambar di bawah) dan cangkuk benang daripada belakang ke hadapan. Setelah mendapat hasil seperti gambar 4b di bawah, cangkuk benang (yarn over) dari belakang ke hadapan untuk mendapatkan satu single crochet.



5. Teruskan mengait single crochet mengikut bilangan yang sesuai dengan reka bentuk projek yang ingin dihasilkan.



Kebiasaannya bulatan yang dibuat bergantung kepada rekabentuk projek, iaitu bilangan tali air (chain) mesti sesuai. Jika terlebih akan  menyebabkan lubang di tengah akan longgar, dan jika terlalu kecil mungkin terlalu kecil.



Kaedah Kedua : Menggunakan lubang tali air (chain) untuk dijadikan sebagai bulatan


Kaedah yang kedua ialah menggunakan lubang pada tali air yang pertama sebagai bulatan untuk memulakan sesuatu projek. Lihat pada gambar dan penerangannya di bawah.


1. Buat 1 tali air (chain). 
2. Buat lagi 3 tali air (chain).
3.Cangkuk benang pada jarum kait (yarn over) dan masukkan jarum kait ke lubang tali air (chain) yang ke-4. Rujuk gambar di bawah.



4. Seterusnya buat satu double crochet pada lubang tersebut (rujuk gambar 4a) dan ulang membuat double crochet sehingga mendapat bilangan double crochet yang dikehendaki dan mengikut kesesuaian sesuatu projek yang ingin dibuat.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...