Monday, June 04, 2012

MEMILIH JARUM KAIT

Langkah yang kedua dalam permulaan mengait ialah memilih jarum kait yang bersesuaian. Sebenarnya jarum kait dikategorikan dengan saiz bernombor. Contoh di bawah adalah koleksi jarum kait yang saya ada. Sebenarnya terdapat pelbagai bentuk yang direka atas keselesaan kita.

Jadual di bawah menunjukkan saiz jarum dalam mm yang ada dijual.

Saiz dalam Millimeter
.75 mm
.85 mm
1.0 mm
1.1 mm
1.3 mm
1.4 mm
1.5 mm
1.65 mm
1.8 mm
1.9 mm
2.0 mm
2.1 mm
2.25 mm
2.75 mm
3.25 mm
3.5 mm


Jarum kait jenis besi seperti gamabr di bawah adalah jarum yang biasa saya guna masa mula-mula belajar mengait kerana jarum ini mudah didapati di mana-mana kedai yang  menjual peralatan menjahit dan juga ianya murah.

Jarum jenis besi - boleh didapati dengan mudah dan murah di kedai yang menjual alatan menjahit iaitu sebatang berharga dalam RM0.50 - RM0.70

Jika mahu yang lebih selesa seperti pemegangnya bersalut plastik atau yang lembut, biasanya perlu dibeli dari negara seperti Jepun dan lain-lain lagi yang popular dengan bidang mengait ini dan mungkin ada juga dijual di mana-mana kedai yang ada stok jarum jenis ini.


Jarum kait jenis ini selesa diguna kerana pemegangnya diperbuat dari pelapik lembut dan mahal sedikit dari jenis jarum aluminium. Jarum jenis ini saya beli semasa berada di Sandakan, anggaran harga sebatang RM23.00.
 Ada juga jarum kait yang diperbuat daripada buluh (bamboo) turut dijual. Untuk melihat jenis-jenis jarum kait, boleh cuba melihat di laman web www.benangkait.com.


Jarum (hook) yang diperbuat daripada bamboo adalah ringan dan mudah untuk mengait

Pemilihan jarum juga perlu diselaraskan dengan penggunaan benang yang kita mahu gunakan. Jika kita mahu mengait dari benang yang kecil, maka saiz benang yang kecil perlu dipilih dan juga sebaliknya.




Selain itu jarum kait yang perlu dibeli bagi beginner adalah jenis saiz besar supaya mudah melihat hasil kaitannya. Selamat membeli jarum kait yang bersesuaian dengan diri & projek yang bakal dihasilkan. 

7 comments:

  1. tkejut bile liht hrge sis kte "sebatang berharga dalam RM0.50 - RM0.70" murh sgt . tp sy beli yg sebijik cam lam gambar 3 1.3mm hrge rm1.50 . jauh gile harge

    ReplyDelete
  2. mana nak beli barang-barang mengait nie ye

    ReplyDelete
  3. sekarang harga jarum n benang melambung tinggi...memang ssh nak jumpa harga jarum yg macam sis beli ni....benang pun paling murah sebuku rm1.80..itu pun bakal naik lagi harganya...so sad..

    ReplyDelete
  4. Ada yg tinggal di johor bahru bole ajar knitting?

    ReplyDelete
  5. Ada yg tinggal di johor bahru bole ajar knitting?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, hai. Boleh saya tumpang tanya, dimana saya boleh jumpa kedai yang menjual alat mengait ni yer? Area Puchong ada tak?

    ReplyDelete
  7. Peralatan Kait mengait boleh direct Pinkyfrog lar @ Pinkyfrog shop.. boleh dpt harga borong Di sni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...