Bunga Berkelopak yang comel dan mudah dikait

Cara buatannya yang mudah dan ringkas sesuai untuk kepada sesiap yang baharu belajar mengait dan sebagai permulaan sesuatu projek.

Cara Memegang Jarum Kait dan Benang

Benang akan disimpulkan atau diputar di jari telunjuk di sebelah tangan kiri. .

Alas Meja yang dihasilkan melalui proses cantuman

Alas meja yang mudah dikait kerana corak yang mudah dikait dan ianya dihasilkan melalui proses cantuman.

Sarung bantal berbentuk hati yang digarapkan daripada corak kerang

Sesuai diletakkan di atas kerusi atas di dalam kenderaan. Hasil yang amat menarik dan memuaskan hati kepada peminat yang suka mengait.

Mengait Sarung Bekas Air Tupperware 1 liter

Sarung bekas Tupperware bersaiz 1 liter yang bertali. Corak yang mudah untuk kepada sesiapa yang baru belajar mengait.

Alas Meja yang berbentuk berpusing-pusing

Menggunakan teknik cantuman,kelihatan amat menarik dan eksklusif

Projek Mengait yang Bercorak Buah Nenas

Corak yang klasik dan sesuai dijadikan sebagai alas meja

Bekas telur yang dikait khas untuk mengisi telur rebus

Bekas telur kait yang sesuai diberi kepada tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan atau lain-lain majlis

Showing posts with label Teknik Mengait. Show all posts
Showing posts with label Teknik Mengait. Show all posts

Sunday, July 22, 2012

TEKNIK MEMBUAT POM POM

Seperti yang telah dijanjikan pada artikel sebelum ini saya akan keluarkan artikel bagaimana membuat pom pom yang sesuai diletakkan pada sesuatu projek kaitan. Pom pom sebenarnya banyak jenis dan teknik. Entri kali ini akan memaparkan tutorial bergambar bagaimana teknik yang biasa saya guna untuk membuat pom pom.

Lihat gambar di bawah beserta penerangannya.

Barang-barang yang diperlukan untuk membuat pom pom, jika pom pom besar pensel perlu ditambah
Ikat benang pada 4 batang pensel tadi
Belit benang pada pensel tadi
Belitan benang adalah bergantung kepada saiz pom pom yang ingin dibuat, jika belitan banyak pom pom juga padat dan cantik, jika terlalu sedikit benang yang dibelit, pom pom akan jarang-jarang dan tidak berapa cantik kerana tidak padat
Masukkan benang ke dalam celah pensel untuk diikat
keluarkan benang daripada pensel tadi beserta benang yang bertujuan diikat tadi

Ikat dengan ketat-ketat benang tersebut hingga mendapat hasil seperti di atas
Gunting benang yang berbentuk lengkung ini dan menjadi seperti di bawah
Kemaskan pom pom ini dengan menggunting benang menjadi bulat seperti di bawah
Ikat pom pom tadi kepada benang yang berlebihan pada pencerut sarung botol air
Potong benang yang berlebihan
Inilah hasilnya...comel kan?
 Selamat mencuba....

Saturday, July 21, 2012

TEKNIK MEMBUAT PENCERUT/PENGIKAT

Entri pada kali ini ialah memaparkan cara-cara membuat pencerut atau dipanggil pengikat bagi sesuatu projek yang bertujuan untuk mengemaskan projek tersebut.

Untuk membuat pencerut atau pengikat ini saya menggunakan kaedah chain sahaja. Anggaran panjang adalah bergantung kepada projek dan kesesuaian projek tersebut. Kali ini saya ingin membuat pencerut untuk sarung botol air yang saya siapkan untuk projek pertama baru-baru ini. Sebenarnya sebelum ini, saya telah menyiapkan projek sarung bantal love dan menggunakan pencerut untuk mengemaskan sarung bantal tersebut.

Lihat gambar di bawah beserta penerangannya.

Susun benang dalam bentuk 2 baris, anggaran sendiri panjang pencerut untuk sesuatu projek, untuk projek sarung botol air saya anggarkan dalam lingkungan 30cm panjangnya

Buat slip knot

Buat chain mengikut panjang benang yang telah disediakan dalam 2 baris

Masukkan pencerut berselang seli di dalam  lubang yang disediakan, pastikan ada lebihan benang untuk diikat pom pom pula
 
Pencerut yang dihasilkan ini amat mudah dan senang, pasti semua penghasil kreatif di luar anggap ini hanya biasa sahaja. Entri akan datang saya akan menunjukkan bagaimana membuat pom pom untuk diikat pada pencerut tersebut.




Thursday, July 12, 2012

TEKNIK MENUKAR WARNA BENANG SEMASA MENGAIT

Entri kali ini saya akan  menunjukkan bagaimana cara menukar warna benang semasa mengait sesuatu projek yang menggunakan pelbagai warna. Jika kita lihat contoh corak dalam internet banyak projek yang menggunakan kombinasi warna benang yang pelbagai warna. Jadi, bersesuaian dengan entri kali ini jika kita ingin menggunakan benang yang bermacam-macam warna dalam sesuatu projek.

Rujuk gambar beserta penerangannya di bawah ini :

1. Masukkan jarum kait ke dalam lubang kaitan yang terakhir

2. Buat slip knot untuk permulaan projek bagi  benang yang lain warnanya

3. Cangkuk benang putih

4. Masukkan benang putih ke dalam lubang benang hijau
5. Kemaskan benang dengan menarik benang hijau ke bawah seperti gambar di atas

6. Buat ch 3

7. Teruskan menyiapkan projek kaitan anda, akhirnya anda akan dapat menghasilkan kaitan untuk dua warna seperti di atas.


Klik video tutorial di bawah untuk lebih memahami cara-cara menukar benang yang berwarna lain.

 

Thursday, June 07, 2012

TEKNIK MENGAIT: CARA MEMEGANG BENANG


Seterusnya kali ini saya ingin megajar cara memegang benang kait. Jika anda bukan kidal, kebiasaannya benang dipegang di tangan kiri manakala jarum kait di tangan kanan. Benang akan disimpulkan atau diputar di jari telunjuk di sebelah tangan kiri. Gambaran cara-cara memegang benang boleh dilihat di dalam gambar di bawah. 


Untuk melihat cara-cara memegang benang dengan lebih baik sila klik video di bawah gambar yang berkenaan. Semoga gambar dan video di bawah memberikan anda kemudahan untuk belajar mengait dengan lebih baik. Selamat mencuba.



Cara memegang benang iaitu di sebelah kiri

Benang dipegang pada tangan sebelah kiri manakala jarum kait di sebelah tangan kanan bagi yang bukan kidal...yang kidal sebaliknya






TEKNIK MENGAIT : CARA MEMEGANG JARUM

Alhamdulillah dapat juga saya meneruskan perjuangan pada entri untuk cuba menyiapkan blog mari mengait ini. Kali ini saya akan menunjukkan asas mengait yang pertama iaitu bagaimana memegang jarum kait. Sebenarnya memegang jarum kait ini bergantung kepada keselesaan individu.


Ada dua jenis cara  memegang jarum kait yang biasa saya lihat iaitu yang pertama memegang seperti memegang pensel manakala yang kedua memegang jarum kait seperti memegang pisau. 


Gambaran memegang jarum adalah ditunjukkan seperti gambar di bawah. 


Cara pertama : Memegang jarum kait seperti memegang sebatang pensel

Cara kedua : Memegang jarum kait seperti memegang sebilah pisau



Semoga pembaca blog di luar dapat mengikuti cara-cara yang diajar oleh saya di dalam blog mari mengait ini. Selamat mencuba.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...