Monday, July 09, 2012

PROJEK 2 : MENGAIT BUNGA BERKELOPAK (PETAL PUFF)

Entri kali ini memaparkan cara-cara membuat bunga berkelopak. Kredit kepada Tara di laman Easy make me Happy. Bunga yang dihasilkan sesuai dijadikan sebagai kerongsang dan juga dilekatkan pada baju, beg dan lain-lain lagi.

Sebenarnya projek pertama sedang berjalan dan artikelnya  masih dalam proses untuk dikemaskini. Sebelum menyiapkan projek tersebut, saya cuba untuk mempelajari satu kaitan yang mudah dan comel iaitu mengait bunga berkelopak. Kelopak bunga boleh diubahsuai, ada 5 kelopak dan 6 kelopak. Ianya bergantung kepada bilangan single crochet (sc)  yang dibina. 


Jika mahu bunga tersebut dalam 5 kelopak buat single crochet sebanyak 10, manakala jika mahu 6 kelopak buat sebanyak 12 single crochet. Lihat gambar-gambar di bawah untuk mengenalpasti cara-cara membuat bunga berkelopak ini. Video tutorial pula akan cuba dimuat naik dalam masa terdekat. 


Singkatan untuk arahan dalam mengait (crochet) :

- single crochet = sc
- double crochet = dc
- chain = ch
- center ring = cr

1. Buat tali air (ch) 5 mata dan buat cr. Seterusnya bina sc 12 di dalam lubang cr tadi.



2. Tukar warna benang dan hasilkan ch 3.


3. Buat dc 2 dalam 1 lubang ch tadi


4. Buat dc 2 dalam lubang ch yang ke-2.

5. Cangkuk benang dan di bawa keluar benang daripada belakang ke hadapan untuk menjadi satu 1 batang pinang (istilah yang digunakan semasa belajar dulu-dulu, guna bahasa campur pula).Terhasillah satu kelopak bunga.
 
6. Buat ch 2

 7. Masukkan ke dalam lubang mata di sebelah hasil dc tadi dan cangkuk benang dari belakang ke depan untuk menjadi sc.
8. Ulang proses yang sama dari langkah nombor 2.

9. Hasilnya seperti di atas (masih perlu banyak latihan sebab tak gebu). Empat kuntum bunga berkelopak sempat dihasilkan untuk malam ini. 


Cubalah hasilkan bunga-bunga anda yang gebu dan menarik. Selamat mencuba.....


4 comments:

  1. nak tanya yg last sekali cara utk matikan jahitan tu mcm mane ye..sy buat yg bahagian akhir x menjadi sbb x tahu cara nak matikan.

    ReplyDelete
  2. Yg hujung ni puan kena rujuk cara mematikan sesuatu projek...jap saya bg linknya ya..

    ReplyDelete
  3. Nazatul shima x jumpa pula cara2 utk matikan benang dlm blog saya ini..jd dlm masa terdekat saya akan cuba buat post berkaitannya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...