Admin adalah pencinta kepada kraftangan seperti menjahit dan mengait. Hasil daripada hobi tersebut admin mengambil keputusan membuat sesuatu yang berfaedah dan menjana pendapatan tambahan dengan mengambil tempahan produk berasaskan kraftangan seperti mengait, menjahit dan juga sulaman
Kaitan asas yang seterusnya yang akan dipaparkan pada entri kali ini ialah bagaimana hendak membuat kaitan triple crochet.Triple crochet ini adalah lebih panjang daripada double crochet, jarang antara kaitan di sebelahnya serta akan menghasilkan satu fabrik yang longgar.
Langkah-langkah dalam menghasilkan triple crochet sama seperti membuat double crochet dan hanya bezanya kita perlu mencangkuk benang sebanyak dua kali manakala double crochet hanya sekali sahaja sebelum memasukkan jarum ke dalam lubang mata yang telah dihasilkan samaada chain atau hasil kaitan single croche.
Lihat gambar dan penerangannya di bawah.
1. Buat chain mengikut kesesuaian projek dan tambah sebanyak 4 mata untuk memulakan tapak membuat triple crochet. Cangkuk benang dan lilit sebayak dua kali sebelum memasukkan jarum tersebut ke dalam lubang mata stiches yang ke - 5. Seterusnya cangkuk benang daripada belakang dan tarik keluar ke hadapan. Lihat gambar di bawah dan ikut arah anak panah.
2. Selepas menarik benang keluar daripada belakang ke hadapan, samakan ketinggian semua kedudukan batang pinang seperti di bawah. Anda akan dapati terdapat 4 batang pinang yang akan terhasil daripada langkah di dalam gambar di atas.
3. Langkah yang seterusnya ialah cangkukkan benang dan bawa masuk benang tersebut ke dalam 2 batang pinang mengikut arah anak panah seperti di dalam gambar di bawah. Dan hasilnya lihat gambar yang ke-2 di bawah ini.
4. Setelah batang pinang menjadi 2 daripada proses di atas, cangkukkan benang lagi sekali dan tarik benang keluar mengikut arah anak panah seperti di dalam gambar di bawah. Akhirnya akan terhasillah triple crochet seperti gambar pada nombor yang ke-5 di bawah.
5. Teruskan langkah 1 hingga hingga 4 sehingga selesai satu baris mengikut panjang chain yang telah anda buat semasa langkah 1.
6. Untuk naik ke barisan yang baru, buat chain sebanyak 4 mata dan teruskan langkah 1 hingga 5. Sila lihat langkah memasukkan benang ke dalam lubang mata yang ke-2 dan langkau lubang mata yang pertama yang terhasil semasa proses membuat chain (4 mata).
Lihat video di bawah untuk memudahkan anda membuat triple crochet ini.
Make Crochet Letter Images With AI At Google Labs
-
*Visit Google Labs:* Head over to Google Labs and explore their AI
experiments. One of the standout tools is the alphabet generator named
GENTYPE powere...
Crochet Mermaid tail (crocodile stitch)
-
Projek yang nk dishare hari ni Crochet Mermaid tail. Mermaid tail ni untuk
baby photoshoot. Special order dari my cousin.
Yarn yang digunakan kali ni ...
Where is Equality in Rural America?
-
How cum Chashews Clay the Boxer didnt fight for equality of American women
in America, instead of bullying suburban house wives in Feel Donuthues
Shitcag...
Looking For Something?
-
If you've ended up here and this isn't what you were expecting, I've
probably unpublished the post you were looking for.
I stopped posting here around the ...
Where is Equality in Rural America?
-
How cum Chashews Clay the Boxer didnt fight for equality of American women
in America, instead of bullying suburban house wives in Feel Donuthues
Shitcag...
Simple and cute tissue box cover
-
Yess!! berjaya post entry baru lagi...hahihu...harap-harap mood rajin akan
terus mengiringi daku lepas ni...:) Entry je baru, tapi hasil kerja lama
ni...sa...
Newborn Textured Newsboy Hat
-
A friend of mine is due for a baby in December, and requested a newsboy
hat. For some reason I have struggled to find a newsboy hat I really like.
...
SLing Bag...
-
Sling bag sepupu punyer...1st time buat yg agak besar..walaupun org lain
punyer lagi besar..hehehe...mmg amik masa lama nak siapkan..huhuhu..sungguh
berci...
11 years ago
Cara pegang benang semasa mengait
Cara Membuat Tali Air @ Chain
Cara Membuat Single Crochet
Cara Membuat Double Crochet
CARA MEMBUAT TRIPLE CROCHET
Cara Membuat Center Ring
Cara Membuat Magic Ring
Teknik Menukar Benang Warna Lain
Cara Mengait Baby BOOTIES - cakesbsabrina
Cara Membuat Bola Amigurumi - crochet-mania.blogspot.com