Bunga Berkelopak yang comel dan mudah dikait

Cara buatannya yang mudah dan ringkas sesuai untuk kepada sesiap yang baharu belajar mengait dan sebagai permulaan sesuatu projek.

Cara Memegang Jarum Kait dan Benang

Benang akan disimpulkan atau diputar di jari telunjuk di sebelah tangan kiri. .

Alas Meja yang dihasilkan melalui proses cantuman

Alas meja yang mudah dikait kerana corak yang mudah dikait dan ianya dihasilkan melalui proses cantuman.

Sarung bantal berbentuk hati yang digarapkan daripada corak kerang

Sesuai diletakkan di atas kerusi atas di dalam kenderaan. Hasil yang amat menarik dan memuaskan hati kepada peminat yang suka mengait.

Mengait Sarung Bekas Air Tupperware 1 liter

Sarung bekas Tupperware bersaiz 1 liter yang bertali. Corak yang mudah untuk kepada sesiapa yang baru belajar mengait.

Alas Meja yang berbentuk berpusing-pusing

Menggunakan teknik cantuman,kelihatan amat menarik dan eksklusif

Projek Mengait yang Bercorak Buah Nenas

Corak yang klasik dan sesuai dijadikan sebagai alas meja

Bekas telur yang dikait khas untuk mengisi telur rebus

Bekas telur kait yang sesuai diberi kepada tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan atau lain-lain majlis

Saturday, June 09, 2012

KAITAN ASAS UNTUK MULA MENGAIT: 2. SINGLE CROCHET

Setelah anda mahir mengait tali air (chain) dengan baik, langkah seterusnya memaparkan bagaimana mengait single crochet. Istilah single crochet perlu digunakan kerana banyak rujukan dan contoh corak (pattern) yang ada di dalam internet adalah menggunakan istilah ini.
Anda boleh rujuk pada gambar dan video di bawah bagaimana cara untuk mempelajarinya.


1. Buat chain sebagai tapak asas untuk membuat single crochet. Kaitkan chain@ch 15.

2. Masukkan jarum dalam mata yang kedua (chain) yang telah dibuat pada langkah pertama di atas.


3. Seterusnya cangkuk benang dari belakang (yarn over~yo) dan bawa benang tersebut ke hadapan (yarn up). Gambar di bawah menunjukkan gambaran benang yang telah dicangkukkan pada jarum untuk di bawa daripada belakang ke hadapan.

4. Jika anda cangkuk dan tarik benang mengikut arah anak panah seperti di bawah,  maka lengkaplah satu single crochet.


5. Teruskan untuk menyiapkan single crochet sehingga ke penghujung chain yang telah dibuat masa langkah pertama di atas.





6. Jika anda teruskan membuat single crochet ke akhir chain, anda akan mendapat hasil seperti di bawah.


 

Video di bawah menunjukkan bagaimana membuat single crochet dengan jelas. Selamat Mencuba.

Friday, June 08, 2012

KAITAN ASAS UNTUK MULA MENGAIT: 1. CHAIN @ TALI AIR


Tali air (chain) adalah merupakan sebahagian yang penting dalam seni mengait. Tali air sering digunakan dalam bentuk sebaris atau dalam bentuk pusingan dan ianya adalah sebahagian daripada reka bentuk mengait (crochet). Belajar bagaimana untuk membuat tali air (chain) ini adalah langkah pertama dalam mempelajari mengait (crochet).

Lihat gambar dan penerangannya di bawah.


1. Buat simpulan slip dan gunakan jarum (hook) untuk mencangkuk benang tersebut dan tarik melalui lubang itu. (Untuk paling mudah, cuba lihat video di bawah cara yang paling mudah untuk membuat slip knot (simpulan slip))

 



 2. Masukkan jarum (hook) ke dalam lubang benang yang telah anda hasilkan daripada langkah 1 dan cangkuk benang dari belakang dan di bawa ke hadapan mengikut arah anak panah seperti gambar di bawah.(yarn over)




 


 3. Teruskan hasil daripada membuat chain seperti di dalam gambar 1 dan 2 di bawah.



4. Teruskan membuat chain mengikut bilangan atau saiz sesuatu projek.
Klik pada video di bawah untuk melihat cara membuat tali air @ chain dengan lebih mudah.

Thursday, June 07, 2012

TEKNIK MENGAIT: CARA MEMEGANG BENANG


Seterusnya kali ini saya ingin megajar cara memegang benang kait. Jika anda bukan kidal, kebiasaannya benang dipegang di tangan kiri manakala jarum kait di tangan kanan. Benang akan disimpulkan atau diputar di jari telunjuk di sebelah tangan kiri. Gambaran cara-cara memegang benang boleh dilihat di dalam gambar di bawah. 


Untuk melihat cara-cara memegang benang dengan lebih baik sila klik video di bawah gambar yang berkenaan. Semoga gambar dan video di bawah memberikan anda kemudahan untuk belajar mengait dengan lebih baik. Selamat mencuba.



Cara memegang benang iaitu di sebelah kiri

Benang dipegang pada tangan sebelah kiri manakala jarum kait di sebelah tangan kanan bagi yang bukan kidal...yang kidal sebaliknya






TEKNIK MENGAIT : CARA MEMEGANG JARUM

Alhamdulillah dapat juga saya meneruskan perjuangan pada entri untuk cuba menyiapkan blog mari mengait ini. Kali ini saya akan menunjukkan asas mengait yang pertama iaitu bagaimana memegang jarum kait. Sebenarnya memegang jarum kait ini bergantung kepada keselesaan individu.


Ada dua jenis cara  memegang jarum kait yang biasa saya lihat iaitu yang pertama memegang seperti memegang pensel manakala yang kedua memegang jarum kait seperti memegang pisau. 


Gambaran memegang jarum adalah ditunjukkan seperti gambar di bawah. 


Cara pertama : Memegang jarum kait seperti memegang sebatang pensel

Cara kedua : Memegang jarum kait seperti memegang sebilah pisau



Semoga pembaca blog di luar dapat mengikuti cara-cara yang diajar oleh saya di dalam blog mari mengait ini. Selamat mencuba.


Monday, June 04, 2012

MEMILIH JARUM KAIT

Langkah yang kedua dalam permulaan mengait ialah memilih jarum kait yang bersesuaian. Sebenarnya jarum kait dikategorikan dengan saiz bernombor. Contoh di bawah adalah koleksi jarum kait yang saya ada. Sebenarnya terdapat pelbagai bentuk yang direka atas keselesaan kita.

Jadual di bawah menunjukkan saiz jarum dalam mm yang ada dijual.

Saiz dalam Millimeter
.75 mm
.85 mm
1.0 mm
1.1 mm
1.3 mm
1.4 mm
1.5 mm
1.65 mm
1.8 mm
1.9 mm
2.0 mm
2.1 mm
2.25 mm
2.75 mm
3.25 mm
3.5 mm


Jarum kait jenis besi seperti gamabr di bawah adalah jarum yang biasa saya guna masa mula-mula belajar mengait kerana jarum ini mudah didapati di mana-mana kedai yang  menjual peralatan menjahit dan juga ianya murah.

Jarum jenis besi - boleh didapati dengan mudah dan murah di kedai yang menjual alatan menjahit iaitu sebatang berharga dalam RM0.50 - RM0.70

Jika mahu yang lebih selesa seperti pemegangnya bersalut plastik atau yang lembut, biasanya perlu dibeli dari negara seperti Jepun dan lain-lain lagi yang popular dengan bidang mengait ini dan mungkin ada juga dijual di mana-mana kedai yang ada stok jarum jenis ini.


Jarum kait jenis ini selesa diguna kerana pemegangnya diperbuat dari pelapik lembut dan mahal sedikit dari jenis jarum aluminium. Jarum jenis ini saya beli semasa berada di Sandakan, anggaran harga sebatang RM23.00.
 Ada juga jarum kait yang diperbuat daripada buluh (bamboo) turut dijual. Untuk melihat jenis-jenis jarum kait, boleh cuba melihat di laman web www.benangkait.com.


Jarum (hook) yang diperbuat daripada bamboo adalah ringan dan mudah untuk mengait

Pemilihan jarum juga perlu diselaraskan dengan penggunaan benang yang kita mahu gunakan. Jika kita mahu mengait dari benang yang kecil, maka saiz benang yang kecil perlu dipilih dan juga sebaliknya.




Selain itu jarum kait yang perlu dibeli bagi beginner adalah jenis saiz besar supaya mudah melihat hasil kaitannya. Selamat membeli jarum kait yang bersesuaian dengan diri & projek yang bakal dihasilkan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...