Bunga Berkelopak yang comel dan mudah dikait

Cara buatannya yang mudah dan ringkas sesuai untuk kepada sesiap yang baharu belajar mengait dan sebagai permulaan sesuatu projek.

Cara Memegang Jarum Kait dan Benang

Benang akan disimpulkan atau diputar di jari telunjuk di sebelah tangan kiri. .

Alas Meja yang dihasilkan melalui proses cantuman

Alas meja yang mudah dikait kerana corak yang mudah dikait dan ianya dihasilkan melalui proses cantuman.

Sarung bantal berbentuk hati yang digarapkan daripada corak kerang

Sesuai diletakkan di atas kerusi atas di dalam kenderaan. Hasil yang amat menarik dan memuaskan hati kepada peminat yang suka mengait.

Mengait Sarung Bekas Air Tupperware 1 liter

Sarung bekas Tupperware bersaiz 1 liter yang bertali. Corak yang mudah untuk kepada sesiapa yang baru belajar mengait.

Alas Meja yang berbentuk berpusing-pusing

Menggunakan teknik cantuman,kelihatan amat menarik dan eksklusif

Projek Mengait yang Bercorak Buah Nenas

Corak yang klasik dan sesuai dijadikan sebagai alas meja

Bekas telur yang dikait khas untuk mengisi telur rebus

Bekas telur kait yang sesuai diberi kepada tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan atau lain-lain majlis

Saturday, July 14, 2012

PROJEK 1 (BAHAGIAN KEDUA) : SARUNG BEKAS AIR TUPPERWATER ECOWATER 1 LITER

Hampir seminggu meninggalkan projek pertama, jadi usaha perlu dilipat gandakan pada hari ini untuk menyiapkannya. Sebenarnya projek ini terlalu mudah untuk sesiapa yang baru sahaja belajar mengait kerana menggunakan asas mengait yang mudah.


Projek kali ini saya menggunakan dua warna benang yang berlainan dan menggunakan  teknik menukar warna benang. Proses peringkat kedua ialah meneruskan saki baki kaitan daripada projek pertama (bahagian pertama) yang belum siap dan membuat tali untuk sarung ini.


Lihat gambar di bawah beserta penerangannya. Antara istilah yang digunakan ialah :
ch = chain
sc = single crochet
dc = double crochet
tc = triple crochet 
1. Penggunaan dua warna benang yang berbeza.

2. Teruskan proses sehingga mendapat 20 pusingan.
3. Pusingan yang ke-21 hasilkan ch 4 dan masukkan ke stitch yang ke-5 (jika dulu saya panggil stitch tu mata). Proses diulang sehingga habis satu pusingan ini.




4. Buatkan slip knot mana-mana lubang pada chain yang telah dihasilkan di langkah 3.


5. Buat ch 8.


6. Buat tc 5 untuk satu lubang yang dihasilkan di langkah 3.


7. Kerawang yang dihasilkan daripada triple crochet di langkah 6. Teruskan sehingga habis.


8. Seterusnya proses untuk membuat tali bekas air ini. Tali yang dihasilakan daripada single crochet sahaja. Anggarkan panjang tali ini ialah 100 -110 cm.


9. Tali ini menggunakan 2 kombinasi warna dan sebanyak 3 baris yang telah dihasilkan. Baris pertama menggunakan warna purple, kedua warna merah jambu dan barisan ke-3 warna purple balik.


10.  Inilah tali yang telah siap dihasilkan.


11. Masukkan tali yang telah dihasilkan ke dalam lubang-lubang sarung bekas air ini secara berselang seli.


12. Setelah siap, pastikan kedua-dua hujung tali tersebut disambung. 


13. Penyambungan tali ini saya gunakan kaedah single crochet sahaja.


13. Inilah hasil yang belum di touch up lagi.


13. Proses touch up dengan membuat single crochet di sekeliling triple crochet yang dihasilkan pada langkah 6 tadi.


14. Inilah hasilnya, dan untuk mengemaskan sarung bekas air ini kita perlu menghasilkan satu tali yang kecil sepanjang 20-30cm sebagai pencerut. Pencerut ini menggunakan chain sahaja dan menggunakan ketebalan benang sebanyak 2 baris. Klik pada cara-cara membuat tali sarung botol air, pencerut dan pom-pom pula untuk hiasan pada pencerutnya.





Thursday, July 12, 2012

TEKNIK MENUKAR WARNA BENANG SEMASA MENGAIT

Entri kali ini saya akan  menunjukkan bagaimana cara menukar warna benang semasa mengait sesuatu projek yang menggunakan pelbagai warna. Jika kita lihat contoh corak dalam internet banyak projek yang menggunakan kombinasi warna benang yang pelbagai warna. Jadi, bersesuaian dengan entri kali ini jika kita ingin menggunakan benang yang bermacam-macam warna dalam sesuatu projek.

Rujuk gambar beserta penerangannya di bawah ini :

1. Masukkan jarum kait ke dalam lubang kaitan yang terakhir

2. Buat slip knot untuk permulaan projek bagi  benang yang lain warnanya

3. Cangkuk benang putih

4. Masukkan benang putih ke dalam lubang benang hijau
5. Kemaskan benang dengan menarik benang hijau ke bawah seperti gambar di atas

6. Buat ch 3

7. Teruskan menyiapkan projek kaitan anda, akhirnya anda akan dapat menghasilkan kaitan untuk dua warna seperti di atas.


Klik video tutorial di bawah untuk lebih memahami cara-cara menukar benang yang berwarna lain.

 

Tuesday, July 10, 2012

PROJEK 3: MEMBUAT BEKAS TELUR SEBAGAI CENDERAHATI UNTUK TETAMU

Projek yang seterusnya pada kali ini ialah membuat bekas telur yang sesuai diberikan kepada tetamu semasa hari perkahwinan. Bekas telur yang dihasilkan ini adalah daripada cetusan idea beberapa blog yang sempat saya jelajahi dan cuba membuatnya berdasarkan gambar bekas telur tersebut di blog ainhouse.

Corak pada bekas telur ini menggunakan corak buah Nenas yang biasa saya guna untuk mengait alas meja. 

Penerangan cara-cara membuatnya adalah banyak dibantu menggunakan gambar.Rujuk gambar-gambar di bawah beserta penerangannya. Jika tidak difahami, anda boleh emel untuk bertanya dan sebagainya.


Penerangan cara-cara mengait bekas telur ini menggunakan singkatan daripada istilah mengait seperti di bawah:


dc = double crochet
sc = single crochet
ch = chain


1. Buat ch 5 dan center ring.
 
 2. Buat ch 3


3. Buat dc 1, lepas tu ch 1 dan dc1

 4. Buat ch 4

5. dc 1, ch 1 , dc 1 

6. Buat baris baru, ch 3, dc 1, ch1, dc 1, ch 5, dc 7, ch 5, dc 1, ch 1, dc 1

7. Baris atas, ch 3, dc 1, ch 1, dc 1, ch 5, buat dc 1 dan selang seli dengan ch 1 (sehingga ketujuh-tujuh dc (masukkan ke dalam lubang dc yang di bawah), ch 5, dc 1, ch 1, dc 1
8. Buat baris baru,ch 3, dc 1, ch 1, dc 1, ch 5, sc (dalam lubang dc
(7)), ch 4, sc dan seterusnya ulang sehingga habis seperti di dalam gambar di bawah

9. Ulang arahan baris di atas sehingga mendapat hasil seperti di dalam gambar di bawah

10. Baris yang terakhir tangkainya menggunakan ch 20, pastikan buat 2 kepingan seperti di dalam gambar di atas.

11. Padankan kedua-dua keping, proses untuk cantuman pula menyusul

12. Proses cantuman ini hanya menggunakan ch dan sc sahaja. Masukkan jarum ke dalam lubang dc yang pertama sebelum tangkai bekas telur ni (pastikan masuk lubang untuk kedua-dua keping ini sekaligus supaya hasilnya kemas dan tidak ada berlebihan nanti). Seterusnya buat sc 1.

13. Buat ch 3
 14. Masukkan jarum ke dalam lubang yang sama pada kedua-dua kepingan ini dan buat sc

 15. Seterusnya ulang langkah 13 & 14 sehingga mendapat hasil seperti ini.

16. Inilah rupanya bekas telur tersebut. Selamat mencuba.....




CORAK SIMPANAN MENJADI RUJUKAN PROJEK BARU

Antara corak-corak yang pernah dihasilkan dan yang masih ada dalam simpanan semasa aktif dengan hobi ini pada masa dulu. Kebanyakannya masih banyak ditinggalkan di kampung. Mungkin corak ini masih boleh digunakan sebagai corak contoh atau rujukan untuk projek akan datang.



Kaitan yang menggunakan teknik cantuman

Kaitan khas untuk Chairback...pelbagai warna yang ada, tetapi ini sahaja yang ada dalam simpanan penulis

Corak kerang untuk hasilkan sarung bantal love

Alas meja yang menggunakan corak buah Nenas

Alas meja juga...corak ringkas

Corak yang sama dengan gambar di atas tetapi warna sahaja yang berbeza

Monday, July 09, 2012

PROJEK 2 : MENGAIT BUNGA BERKELOPAK (PETAL PUFF)

Entri kali ini memaparkan cara-cara membuat bunga berkelopak. Kredit kepada Tara di laman Easy make me Happy. Bunga yang dihasilkan sesuai dijadikan sebagai kerongsang dan juga dilekatkan pada baju, beg dan lain-lain lagi.

Sebenarnya projek pertama sedang berjalan dan artikelnya  masih dalam proses untuk dikemaskini. Sebelum menyiapkan projek tersebut, saya cuba untuk mempelajari satu kaitan yang mudah dan comel iaitu mengait bunga berkelopak. Kelopak bunga boleh diubahsuai, ada 5 kelopak dan 6 kelopak. Ianya bergantung kepada bilangan single crochet (sc)  yang dibina. 


Jika mahu bunga tersebut dalam 5 kelopak buat single crochet sebanyak 10, manakala jika mahu 6 kelopak buat sebanyak 12 single crochet. Lihat gambar-gambar di bawah untuk mengenalpasti cara-cara membuat bunga berkelopak ini. Video tutorial pula akan cuba dimuat naik dalam masa terdekat. 


Singkatan untuk arahan dalam mengait (crochet) :

- single crochet = sc
- double crochet = dc
- chain = ch
- center ring = cr

1. Buat tali air (ch) 5 mata dan buat cr. Seterusnya bina sc 12 di dalam lubang cr tadi.



2. Tukar warna benang dan hasilkan ch 3.


3. Buat dc 2 dalam 1 lubang ch tadi


4. Buat dc 2 dalam lubang ch yang ke-2.

5. Cangkuk benang dan di bawa keluar benang daripada belakang ke hadapan untuk menjadi satu 1 batang pinang (istilah yang digunakan semasa belajar dulu-dulu, guna bahasa campur pula).Terhasillah satu kelopak bunga.
 
6. Buat ch 2

 7. Masukkan ke dalam lubang mata di sebelah hasil dc tadi dan cangkuk benang dari belakang ke depan untuk menjadi sc.
8. Ulang proses yang sama dari langkah nombor 2.

9. Hasilnya seperti di atas (masih perlu banyak latihan sebab tak gebu). Empat kuntum bunga berkelopak sempat dihasilkan untuk malam ini. 


Cubalah hasilkan bunga-bunga anda yang gebu dan menarik. Selamat mencuba.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...