Bunga Berkelopak yang comel dan mudah dikait

Cara buatannya yang mudah dan ringkas sesuai untuk kepada sesiap yang baharu belajar mengait dan sebagai permulaan sesuatu projek.

Cara Memegang Jarum Kait dan Benang

Benang akan disimpulkan atau diputar di jari telunjuk di sebelah tangan kiri. .

Alas Meja yang dihasilkan melalui proses cantuman

Alas meja yang mudah dikait kerana corak yang mudah dikait dan ianya dihasilkan melalui proses cantuman.

Sarung bantal berbentuk hati yang digarapkan daripada corak kerang

Sesuai diletakkan di atas kerusi atas di dalam kenderaan. Hasil yang amat menarik dan memuaskan hati kepada peminat yang suka mengait.

Mengait Sarung Bekas Air Tupperware 1 liter

Sarung bekas Tupperware bersaiz 1 liter yang bertali. Corak yang mudah untuk kepada sesiapa yang baru belajar mengait.

Alas Meja yang berbentuk berpusing-pusing

Menggunakan teknik cantuman,kelihatan amat menarik dan eksklusif

Projek Mengait yang Bercorak Buah Nenas

Corak yang klasik dan sesuai dijadikan sebagai alas meja

Bekas telur yang dikait khas untuk mengisi telur rebus

Bekas telur kait yang sesuai diberi kepada tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan atau lain-lain majlis

Sunday, October 21, 2012

PROJEK 5 - SARUNG EXTERNAL HARD DISK

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan di luar sana. Maaf kerana sudah lama tidak update blog ini atas kekangan masa dengan tugas-tugas hakiki. Kali ini saya ingin berkongsi satu projek yang terkini iaitu Sarung External Hard Disk. 


Projek kali ini terlalu mudah kerana hanya menggunakan single crochet dan double crochet. Cara-cara untuk membuatnya akan diupdate dalam artikel akan datang. 


Inilah rupa sarung external hard disk yang telah dapat disiapkan dengan jayanya

Jumpa lagi pada masa akan datang dengan artikel penerangan bagaimana membuat projek yang ke-5 ini. 


Saturday, July 28, 2012

PROJEK 4 (BAHAGIAN PERTAMA) : SARUNG BANTAL LOVE

Alhamdulillah dapat juga membuat artikel pada hari ni tentang projek yang terbaru. Projek terkini ialah membuat sarung bantal love. Sebenarnya projek ini sudah berjaya disiapkan, tetapi masih tidak mencukupi kerana sepatutnya dalam perancangan mahu siapkan sarung bantal love ini sebanyak 2 biji @ sepasang.
Bantal love yang siap dipasang dengan sarung ini memang cantik jika dijadikan hiasan di atas kerusi di ruang tamu atau di dalam kereta . Corak yang digunakan ialah daripada corak kerang dan menggunakan teknik cantuman.

Lihat gambar-gambar di bawah beserta penerangannya :
ch = chain,
dc = double crochet,
tr = triple crochet,
cr = centre ring. 

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sarung bantal love iaitu sebiji bantal berbentuk love, benang sebanyak 2 gulung.

Gambar 1 : 
- Buat 4ch dan buat cr
- Buat 3ch untuk mulakan baris baru, seterusnya 2dc, 2ch,2dc, 4ch, 4dc, 4ch, 2dc, 2ch dan 2dc.
Gambar 2 & 3:
 - Naik baris ke-2, 3ch,2dc,2ch,2dc,4ch,2dc setiap mata (stitch) bagi 4dc baris bawah  tadi, jadi dapat 8dc untuk baris ini. Seterusnya untuk habiskan baris ini buat 4ch, 2dc,2ch,2dc.
Gambar 4 :
- Naik baris ke-3, 3ch,2dc,2ch,2dc,5ch, 2dc setiap mata bagi 8dc baris kedua tadi, jadi menghasilkan 16dc. Seterusnya habiskan baris ini dengan membuat 5ch,2dc,2ch,2dc.

Gambar 5 :
- merupakan hasil dari gambar 4.
Gambar 6 :
- Teruskan langkah dari langkah sebelum ini. Buat 3ch, 2dc, 2ch, 2dc, 5ch, 2d setiap mata dan hasilnya sebanyak 32dc. Seterusnya penghabisan baris ini buat 5ch,2dc,2ch,2dc.
Gambar 7 :
- Buat 5ch, masukkan ke dalam mata yang pertama dan buat sc.
Gambar 8:
- Seterusnya buat 4ch, masukkan ke dalam mata yang ke-4 dan buat sc. Ulang proses yang sama iaitu 4ch dan buat sc pada mata yang jaraknya 4 mata sehingga habis. Pastikan anda mendapat 21 lengkung seperti di dalam gambar 9. 

Gambar 9:
- hasil daripada proses dalam gambar 8.
Gambar 10:
-Buat 3h untuk naik baris baru, seterusnya buat 2dc,2ch,2dc,5ch dan seterusnya buat sc pada mata yang ke-2 di lengkung pertama.
 Gambar 12:
- Buat 4ch,8dc dalam lengkung ke-2.

Gambar 12:
- buat 4ch dan buat sc pada mata ke-2 di lengkung ke-3. Seterusnya buat 8dc dalam lengkung ke-2 dan kait 4ch serta buat sc pada mata ke-2 pada lengkung ke-3.
Gambar 13:
- ulang langkah di atas hingga mendapat hasil seperti ini.
Gambar 14:
- buat baris baru, 3ch,2dc,2ch,3dc,5ch. Masukkan jarum kait ke dalam mata ke-2 dan buat sc. Ulang buat 4ch dan buat sc pada mata ke-2 pada setiap chain(4ch) iaitu hasil dalam proses gambar 13.
Gambar 15:
- Ulang langkah dalam gambar 14 sehingga selesai seterusnya buat 5ch,2dc,2ch,2dc untuk menghabiskan baris ini. Gambar ini menunjukkan hasil kaitan daripada pandangan belakang.
Gambar 16:
- Corak kerang yang telah terhasil daripada proses dalam gambar 15.
Gambar 17:
- Pandangan hadapan, kita telah dapat hasilkan 10biji kerang.

Gambar 19:
- Pandangan belakang jika dapat menyiapkan satu baris kerang.
Gambar 20 & 21:
- Teruskan langkah-langkah di atas@ sebelum ini sehingga mendapat hasil sebegini rupa (baru 3baris). Kita mesti dapat hasilkan kerang 10 baris kerang yang setiap barisnya akan berkurang 1 dan baris terakhir akan menjadi 1biji kerang sahaja.


Gambar 22:
- Kerang yang terakhir yang terhasil dari langkah-langkah di atas.
Gambar 23:
- Merupakan baris terakhir, buat 3ch,2dc,2ch,2dc,5ch.
Gambar 24:
- Buat 2dc, 2ch dan akhir sekali 2dc.
Gambar 25:
-Rupa hasil yang diperolehi dari langkah-langkah di atas. Matikan benang dan kita perlu buat sekeping lagi untuk membuat proses cantuman pula.
 
Semoga penerangan bergambar di atas dapat difahami oleh pembaca di luar kerana saya masih belajar cara-cara menulis rekabentuk dalam istilah kaitan yang terkini dan merupakan banyak digunakan dalam internet buat masa ini.


Sambungan bahagian ke-dua akan menyusul dalam masa terdekat di mana saya akan memaparkan bagaimana membuat cantuman hasil kaitan 2 keping daripada langkah bahagian pertama ini untuk menjadi sarung bantal serta juga cara-cara membuat renda di tepinya.


SELAMAT MENCUBA.....


Sunday, July 22, 2012

TEKNIK MEMBUAT POM POM

Seperti yang telah dijanjikan pada artikel sebelum ini saya akan keluarkan artikel bagaimana membuat pom pom yang sesuai diletakkan pada sesuatu projek kaitan. Pom pom sebenarnya banyak jenis dan teknik. Entri kali ini akan memaparkan tutorial bergambar bagaimana teknik yang biasa saya guna untuk membuat pom pom.

Lihat gambar di bawah beserta penerangannya.

Barang-barang yang diperlukan untuk membuat pom pom, jika pom pom besar pensel perlu ditambah
Ikat benang pada 4 batang pensel tadi
Belit benang pada pensel tadi
Belitan benang adalah bergantung kepada saiz pom pom yang ingin dibuat, jika belitan banyak pom pom juga padat dan cantik, jika terlalu sedikit benang yang dibelit, pom pom akan jarang-jarang dan tidak berapa cantik kerana tidak padat
Masukkan benang ke dalam celah pensel untuk diikat
keluarkan benang daripada pensel tadi beserta benang yang bertujuan diikat tadi

Ikat dengan ketat-ketat benang tersebut hingga mendapat hasil seperti di atas
Gunting benang yang berbentuk lengkung ini dan menjadi seperti di bawah
Kemaskan pom pom ini dengan menggunting benang menjadi bulat seperti di bawah
Ikat pom pom tadi kepada benang yang berlebihan pada pencerut sarung botol air
Potong benang yang berlebihan
Inilah hasilnya...comel kan?
 Selamat mencuba....

Saturday, July 21, 2012

TEKNIK MEMBUAT PENCERUT/PENGIKAT

Entri pada kali ini ialah memaparkan cara-cara membuat pencerut atau dipanggil pengikat bagi sesuatu projek yang bertujuan untuk mengemaskan projek tersebut.

Untuk membuat pencerut atau pengikat ini saya menggunakan kaedah chain sahaja. Anggaran panjang adalah bergantung kepada projek dan kesesuaian projek tersebut. Kali ini saya ingin membuat pencerut untuk sarung botol air yang saya siapkan untuk projek pertama baru-baru ini. Sebenarnya sebelum ini, saya telah menyiapkan projek sarung bantal love dan menggunakan pencerut untuk mengemaskan sarung bantal tersebut.

Lihat gambar di bawah beserta penerangannya.

Susun benang dalam bentuk 2 baris, anggaran sendiri panjang pencerut untuk sesuatu projek, untuk projek sarung botol air saya anggarkan dalam lingkungan 30cm panjangnya

Buat slip knot

Buat chain mengikut panjang benang yang telah disediakan dalam 2 baris

Masukkan pencerut berselang seli di dalam  lubang yang disediakan, pastikan ada lebihan benang untuk diikat pom pom pula
 
Pencerut yang dihasilkan ini amat mudah dan senang, pasti semua penghasil kreatif di luar anggap ini hanya biasa sahaja. Entri akan datang saya akan menunjukkan bagaimana membuat pom pom untuk diikat pada pencerut tersebut.




Saturday, July 14, 2012

PROJEK 1 (BAHAGIAN KEDUA) : SARUNG BEKAS AIR TUPPERWATER ECOWATER 1 LITER

Hampir seminggu meninggalkan projek pertama, jadi usaha perlu dilipat gandakan pada hari ini untuk menyiapkannya. Sebenarnya projek ini terlalu mudah untuk sesiapa yang baru sahaja belajar mengait kerana menggunakan asas mengait yang mudah.


Projek kali ini saya menggunakan dua warna benang yang berlainan dan menggunakan  teknik menukar warna benang. Proses peringkat kedua ialah meneruskan saki baki kaitan daripada projek pertama (bahagian pertama) yang belum siap dan membuat tali untuk sarung ini.


Lihat gambar di bawah beserta penerangannya. Antara istilah yang digunakan ialah :
ch = chain
sc = single crochet
dc = double crochet
tc = triple crochet 
1. Penggunaan dua warna benang yang berbeza.

2. Teruskan proses sehingga mendapat 20 pusingan.
3. Pusingan yang ke-21 hasilkan ch 4 dan masukkan ke stitch yang ke-5 (jika dulu saya panggil stitch tu mata). Proses diulang sehingga habis satu pusingan ini.




4. Buatkan slip knot mana-mana lubang pada chain yang telah dihasilkan di langkah 3.


5. Buat ch 8.


6. Buat tc 5 untuk satu lubang yang dihasilkan di langkah 3.


7. Kerawang yang dihasilkan daripada triple crochet di langkah 6. Teruskan sehingga habis.


8. Seterusnya proses untuk membuat tali bekas air ini. Tali yang dihasilakan daripada single crochet sahaja. Anggarkan panjang tali ini ialah 100 -110 cm.


9. Tali ini menggunakan 2 kombinasi warna dan sebanyak 3 baris yang telah dihasilkan. Baris pertama menggunakan warna purple, kedua warna merah jambu dan barisan ke-3 warna purple balik.


10.  Inilah tali yang telah siap dihasilkan.


11. Masukkan tali yang telah dihasilkan ke dalam lubang-lubang sarung bekas air ini secara berselang seli.


12. Setelah siap, pastikan kedua-dua hujung tali tersebut disambung. 


13. Penyambungan tali ini saya gunakan kaedah single crochet sahaja.


13. Inilah hasil yang belum di touch up lagi.


13. Proses touch up dengan membuat single crochet di sekeliling triple crochet yang dihasilkan pada langkah 6 tadi.


14. Inilah hasilnya, dan untuk mengemaskan sarung bekas air ini kita perlu menghasilkan satu tali yang kecil sepanjang 20-30cm sebagai pencerut. Pencerut ini menggunakan chain sahaja dan menggunakan ketebalan benang sebanyak 2 baris. Klik pada cara-cara membuat tali sarung botol air, pencerut dan pom-pom pula untuk hiasan pada pencerutnya.





Thursday, July 12, 2012

TEKNIK MENUKAR WARNA BENANG SEMASA MENGAIT

Entri kali ini saya akan  menunjukkan bagaimana cara menukar warna benang semasa mengait sesuatu projek yang menggunakan pelbagai warna. Jika kita lihat contoh corak dalam internet banyak projek yang menggunakan kombinasi warna benang yang pelbagai warna. Jadi, bersesuaian dengan entri kali ini jika kita ingin menggunakan benang yang bermacam-macam warna dalam sesuatu projek.

Rujuk gambar beserta penerangannya di bawah ini :

1. Masukkan jarum kait ke dalam lubang kaitan yang terakhir

2. Buat slip knot untuk permulaan projek bagi  benang yang lain warnanya

3. Cangkuk benang putih

4. Masukkan benang putih ke dalam lubang benang hijau
5. Kemaskan benang dengan menarik benang hijau ke bawah seperti gambar di atas

6. Buat ch 3

7. Teruskan menyiapkan projek kaitan anda, akhirnya anda akan dapat menghasilkan kaitan untuk dua warna seperti di atas.


Klik video tutorial di bawah untuk lebih memahami cara-cara menukar benang yang berwarna lain.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...