Tuesday, June 12, 2012

KAITAN ASAS UNTUK MULA MENGAIT: 3. DOUBLE CROCHET

Seterusnya kaitan asas yang akan saya tunjukkan dalam entry kali ini ialah bagaimana membuat double crochet.


Double crochet adalah lebih tinggi daripada single crochet dan lain sedikit teknik kaitannya. Perbezaannya adalah di mana sebelum jarum dimasukkan di dalam chain yang telah kita buat atau barisan crochet seterusnya, benang perlu dicangkuk terlebih dahulu (lihat gambar nombor 1 di bawah).


 Gambar-gambar di bawah menggambarkan bagaimana hendak membuat double crochet. 

Ikut arah anak panah mengikut urutan nombor pada gambar di atas.


PENERANGAN GAMBAR DI ATAS:


1. Buat tali air @ sebanyak 15 mata, seterusnya tambah lagi tiga mata untuk membuat double crochet.


2.Cangkuk benang dan masukkan jarum ke dalam lubang mata yang ke-4 seterusnya cangkuk lagi benang dari belakang lubang untuk ditarik keluar dari lubang itu sehingga mendapat 3 batang pinang seper didalam gambar 1b (double crochet turut dikenali sebagai batang pinang semasa saya belajar menjahit dulu).




3. Tarik ketiga-tiga batang pinang itu sehingga mendapat ketinggian yang sama untuk semua benang itu cangkuk benang mengikut arah anak panah sehingga menghasilkan 3 batang pinang seperti di atas.(lihat gambar 2b). Kemudian cangkuk lagi sekali benang dan tarik benang dari belakang jarum (yarn over) mengikut arah anak panah sehingga mendapat 2 double crochet (lihat gambar b). Dan hasilnya adalah seperti gambar di bawah (3b).




4.Teruskan membuat double crochet sehingga habis chain yang telah kita hasilkan masa langkah pertama (baris pertama permulaan sesuatu projek).




5. Setelah habis satu baris chain, untuk membuat baris yang baru kita perlu membuat tali air @ chain sebanak 4 mata dan pusing ke kanan (lihat gambar di atas) dan teruskan membuat double crochet untuk baris yang seterusnya.




6. Anda perlu memastikan lubang terakhir bagi chain turut dibuat double crochet supaya kaitan kemas dan sama untuk semua baris.




Untuk memahami dengan lebih jelas, lihat video di bawah:

gambaran yang diberikan adalah dari hasil single crochet


 
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...