Saturday, June 09, 2012

KAITAN ASAS UNTUK MULA MENGAIT: 2. SINGLE CROCHET

Setelah anda mahir mengait tali air (chain) dengan baik, langkah seterusnya memaparkan bagaimana mengait single crochet. Istilah single crochet perlu digunakan kerana banyak rujukan dan contoh corak (pattern) yang ada di dalam internet adalah menggunakan istilah ini.
Anda boleh rujuk pada gambar dan video di bawah bagaimana cara untuk mempelajarinya.


1. Buat chain sebagai tapak asas untuk membuat single crochet. Kaitkan chain@ch 15.

2. Masukkan jarum dalam mata yang kedua (chain) yang telah dibuat pada langkah pertama di atas.


3. Seterusnya cangkuk benang dari belakang (yarn over~yo) dan bawa benang tersebut ke hadapan (yarn up). Gambar di bawah menunjukkan gambaran benang yang telah dicangkukkan pada jarum untuk di bawa daripada belakang ke hadapan.

4. Jika anda cangkuk dan tarik benang mengikut arah anak panah seperti di bawah,  maka lengkaplah satu single crochet.


5. Teruskan untuk menyiapkan single crochet sehingga ke penghujung chain yang telah dibuat masa langkah pertama di atas.





6. Jika anda teruskan membuat single crochet ke akhir chain, anda akan mendapat hasil seperti di bawah.


 

Video di bawah menunjukkan bagaimana membuat single crochet dengan jelas. Selamat Mencuba.

3 comments:

  1. Assalamualaikum admin.. Sy nk tanya cara saya salah ke dlm buat single crochet?? Sbb setiap kali saya buat sc.. Ia mesti melengkung membentuk separuh bulatan.. Sy hrp sgt admin dpt membalas komen sy..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum admin.. Sy nk tanya cara saya salah ke dlm buat single crochet?? Sbb setiap kali saya buat sc.. Ia mesti melengkung membentuk separuh bulatan.. Sy hrp sgt admin dpt membalas komen sy..

    ReplyDelete
  3. The Buffalo Wing - Tao Shaping Titanium - TITanium-Arts
    The Buffalo Wing titanium pipe is a Buffalo Wing themed titanium bolts restaurant in the medical grade titanium earrings heart titanium vs platinum of North America titanium vs ceramic and is open for business Monday through Thursday, Friday and Sunday

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...