Saturday, July 21, 2012

TEKNIK MEMBUAT PENCERUT/PENGIKAT

Entri pada kali ini ialah memaparkan cara-cara membuat pencerut atau dipanggil pengikat bagi sesuatu projek yang bertujuan untuk mengemaskan projek tersebut.

Untuk membuat pencerut atau pengikat ini saya menggunakan kaedah chain sahaja. Anggaran panjang adalah bergantung kepada projek dan kesesuaian projek tersebut. Kali ini saya ingin membuat pencerut untuk sarung botol air yang saya siapkan untuk projek pertama baru-baru ini. Sebenarnya sebelum ini, saya telah menyiapkan projek sarung bantal love dan menggunakan pencerut untuk mengemaskan sarung bantal tersebut.

Lihat gambar di bawah beserta penerangannya.

Susun benang dalam bentuk 2 baris, anggaran sendiri panjang pencerut untuk sesuatu projek, untuk projek sarung botol air saya anggarkan dalam lingkungan 30cm panjangnya

Buat slip knot

Buat chain mengikut panjang benang yang telah disediakan dalam 2 baris

Masukkan pencerut berselang seli di dalam  lubang yang disediakan, pastikan ada lebihan benang untuk diikat pom pom pula
 
Pencerut yang dihasilkan ini amat mudah dan senang, pasti semua penghasil kreatif di luar anggap ini hanya biasa sahaja. Entri akan datang saya akan menunjukkan bagaimana membuat pom pom untuk diikat pada pencerut tersebut.




4 comments:

  1. salam kak.saya berminat nk belajar mengait.. blh akak ajar kan?step by step sbb mmg xtahu lansung

    ReplyDelete
  2. Saya ada buatkan sarung botol air ini utk anak.. pas tu ada kawan dia minta saya buatkan. biasanya berapa harga untuk satu kalau yg ada pom pom..

    ReplyDelete
  3. na bila perlu mengenalpasti istilah dan asas kaitan dulu....

    ReplyDelete
  4. senyum sokmo saya rasa dalam rm15++ juga...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...