Alhamdulillah dapat juga saya meneruskan perjuangan pada entri untuk cuba menyiapkan blog mari mengait ini. Kali ini saya akan menunjukkan asas mengait yang pertama iaitu bagaimana memegang jarum kait. Sebenarnya memegang jarum kait ini bergantung kepada keselesaan individu.
Ada dua jenis cara memegang jarum kait yang biasa saya lihat iaitu yang pertama memegang seperti memegang pensel manakala yang kedua memegang jarum kait seperti memegang pisau.
Ada dua jenis cara memegang jarum kait yang biasa saya lihat iaitu yang pertama memegang seperti memegang pensel manakala yang kedua memegang jarum kait seperti memegang pisau.
Gambaran memegang jarum adalah ditunjukkan seperti gambar di bawah.
Cara pertama : Memegang jarum kait seperti memegang sebatang pensel |
Cara kedua : Memegang jarum kait seperti memegang sebilah pisau |
Semoga pembaca blog di luar dapat mengikuti cara-cara yang diajar oleh saya di dalam blog mari mengait ini. Selamat mencuba.
0 comments:
Post a Comment