Seterusnya kali ini saya ingin megajar cara memegang benang kait. Jika anda bukan kidal, kebiasaannya benang dipegang di tangan kiri manakala jarum kait di tangan kanan. Benang akan disimpulkan atau diputar di jari telunjuk di sebelah tangan kiri. Gambaran cara-cara memegang benang boleh dilihat di dalam gambar di bawah.
Untuk melihat cara-cara memegang benang dengan lebih baik sila klik video di bawah gambar yang berkenaan. Semoga gambar dan video di bawah memberikan anda kemudahan untuk belajar mengait dengan lebih baik. Selamat mencuba.
Cara memegang benang iaitu di sebelah kiri |
Benang dipegang pada tangan sebelah kiri manakala jarum kait di sebelah tangan kanan bagi yang bukan kidal...yang kidal sebaliknya |
0 comments:
Post a Comment